COVID-19 : Ibu bapa kepada kanak-kanak yang bersekolah di Trinity Kids, The Linc Kuala Lumpur diuji positif

bu bapa kepada kanak-kanak yang bersekolah di Trinity Kids, The Linc yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dilaporkan positif COVID-19.

Perkara itu didedahkan oleh The Linc KL menerusi satu kenyataan di laman Instagram mereka pada 24 September.



“The Linc Development Sdn Bhd ingin memaklumkan bahawa ibu bapa kepada seorang murid yang bersekolah di Trinity Kids, The Linc cawangan Kuala Lumpur telah diuji positif dengan COVID-19”.

Dipercayai bahawa kanak-kanak tersebut terlibat dengan program separuh hari hingga waktu tengah hari dan kali terakhir menghadiri sekolah pada 17 September lalu.

The Linc KL/Instagram

“Kami telah mengambil semua langkah-langkah pencegahan yang diperlukan untuk menghalang risiko penularan kepada pelanggan, kakitangan dan penyewa”.



Kenyataan itu juga menjelaskan bahawa pihak The Linc turut menjalankan tindakan segera meliputi kerja pembasmian kuman di semua kawasan umum yang terdapat di The Linc KL.

The Linc KL/Instagram

Pihak The Linc juga meyakinkan orang ramai bahawa mereka amat menitikberatkan kepentingan dan kesejahteraan semua pihak yang mengunjungi premis mereka.

Dalam satu kenyataan lain, pihak The Linc menjelaskan bahawa kesemua guru yang bertugas di Trinity Kids telah diuji negatif COVID-19.



Sehubungan dengan itu, sekolah tersebut dibenar untuk menyambung operasi bermula pada 25 September.

 

Kebelakangan ini, kes baharu COVID-19 menyaksikan trend yang meningkat. Setakat 24 September, terdapat sebanyak 71 kes baharu dilaporkan.



Penularan COVID-19 masih lagi berlaku. Justeru anda semua dinasihati untuk sentiasa patuh akan SOP dan jaga penjarakan fizikal di mana sahaja anda berada.-Era Baru

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker