Covid-19 : 111 kes baru hari ini

Sebanyak 111 kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, dengan 97 daripadanya dicatatkan di Sabah.

Sebanyak 74 daripada 97 kes di Sabah daripada kluster Bangau-bangau dan 13 lagi daripada kluster Benteng LD.

Lapan kes baru turut dikesan di Kedah, termasuk 7 di kluster Sungai.

Terkini COVID-19; 25 Sept 2020

Jumlah discaj baru:30
Jumlah kumulatif:9696 (90.7%)

Jumlah kes baru;111
Jumlah kumulatif:10687
Jumlah kes aktif:858

Kes tempatan: 107(76WN, 31 BWN))
Kes import: 4(4 BWN)

Jumlah kematian:0
Jumlah kumulatif:133 (1.24%)

Kes di ICU:4
intubated: 3

Sabah 97 kes antaranya 74 Kluster Bangau-bangau, 13 Kluster Benteng

Kedah 8 kes termasuk 7 Kluster Sungai dan Pahang 1 kes tempatan.

Satu kluster import di Johor.

Virus mutasi Covid-19 mudah jangkit dikesan di dua lagi kluster

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengesan virus mutasi D614G dalam sampel Covid-19 yang diambil daripada dua kluster tambahan, menjadikan jumlah keseluruhan lima kluster setakat ini.

Mutasi ini dipercayai oleh beberapa pakar menjadikan kadar kebolehjangkitan Covid-19 lebih menular daripada virus yang asli.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan IMR telah mengasingkan 32 sampel virus itu.

Sampel ini diambil dari Kluster Benteng LD (23 sampel), Kluster Sivagangga (empat sampel), Kluster Tawar (tiga sampel), Kluster Sungai (satu sampel) dan Kluster Bukit Tiram (satu sampel).

“Seperti disyaki terdapat mutasi jenis D614G yang telah dikesan kepada kesemua 32 virus Covid-19 ini.

“Kajian susulan juga dijalankan bagi mengkaji kaitan genetik antara virus-virus yang diasingkan ini dan membandingkan dengan virus yang dikesan sebelum ini pada Kluster PUI Sivagangga dan Kluster Tawar

“Seperti disyaki juga, kesemua virus yang diasingkan bagi kluster-kluster di Kedah (Kluster PUI Sivagangga, Kluster Tawar dan Kluster Sungai) adalah saling berkait dan besar kemungkinan adalah berasal dari sumber virus yang sama.

“Kesemua 23 virus Covid-19 dari Kluster Benteng LD pula didapati saling menyerupai namun tidak berkait dengan virus Covid-19 yang dijumpai di Kedah, meskipun kesemuanya mempunyai mutasi D614G,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Beliau berkata dapatan ini hasil daripada kajian awal dan beberapa kajian susulan sedang dijalankan.

Sementara itu, beliau berkata penemuan itu bermaksud masyarakat perlu lebih berhati-hati mencegah penyebaran penyakit ini, kerana virus jenis mutasi ini lebih mudah berjangkit dan tersebar.

Berita lanjut menyusul

Umno will never work with any party that shares political power with DAP, says party info chief

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker