Berang Kereta Dihalang Kenderaan Lain, Lelaki Ini Tinggalkan Nota Bersama Kondom Khas Untuk Individu Tersebut

Pembaca semua pasti sering berhadapan dengan segelintir pemandu yang tidak tahu menjaga kelakuannya dengan pemandu-pemandu lain.

Begitulah dengan kisah yang bakal dikongsikan kali ini kepada pembaca. Sekiranya penulis berada di tempat seorang pemuda ini juga pasti akan berasa marah.

Manakan tidak, menunggu dari siang sampai malam sehingga terpaksa menggunakan perkhidmatan Grab semata-mata disebabkan perangai seorang pemandu yang double park kereta dengan menetapkan gear P tanpa meninggalkan sebarang maklumat untuk dihubungi.

 

Menerusi perkongsian pemuda berkenaan di Twitter, penantian gerangan si empunya kereta tersebut tidak berakhir dengan perasaan lega.

Disebabkan rasa berang dan enggan menunggu lama, dia terpaksa menggunakan perkihdmatan Grab pada malam tersebut.

Paling mengejutkan adalah apabila pemuda tersebut sempat meninggalkan satu nota bersama sepaket kondom di atas cermin kereta yang telah menghalang laluan keretanya.

Apa yang menjadi perhatian warganet adalah apabila nota tinggalan pemuda itu jelas memberikan mesej mendalam dan pastinya pembaca akan berasa sentap dengan ayat yang disampaikan.

Susulan daripada perkongsian pemuda berkenaan, rata-rata warganet memberi tindak balas positif dan menyokong tindakan lelaki tersebut.

Kesimpulannya, sebagai seorang pemandu, kita seharusnya bijak memanfaatkan akal dan fikiran sebelum berbuat sesuatu tindakan. Hal ini penting bagi menjaga perlakuan kita supaya tidak menyusahkan kehidupan orang lain-I am Lejen

Akak Kondom pemurnian normalisasi perbuatan zina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker