Shafie malas layan dakwaan Anwar

Share

Shafie enggan ulas dakwaan Anwar, hanya mahu fokus Sabah

“Saya hanya mahu fokus negeri Sabah,” kata Presiden Warisan, Shafie Apdal, ketika ditanya berhubung pengumuman Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang mendakwa memiliki cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

Beliau mengulangi jawapan itu ketika ditanya sama ada partinya turut terlibat dengan dakwaan Anwar itu.

Shafie ditemui selepas menghadiri majlis bersama pengundi DUN Karanaan dan Paginatan di Dewan Masyarakat Ranau hari ini.

Anwar hari ini mengumumkan mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” untuk membentuk kerajaan baharu, daripada ahli Parlimen pelbagai parti dan pihak kerajaan, dan boleh membuktikan sokongan itu “secara konklusif”.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata dakwaan itu hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan. FMT

Anwar tak layan gerakan ‘pintu belakang’

Leave a Reply