Senarai palsu, saya tak sokong Anwar – Mahdzir

Share

Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid menafikan dia antara wakil rakyat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu diketuai Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Penafian itu dibuat selepas beliau yang juga ahli Parlimen Padang Terap dinamakan antara wakil rakyat Umno yang menyokong Anwar bagi membolehkan beliau menubuhkan kerajaan baharu.

“Saya, Mahdzir menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu diketuai ahli Parlimen Port Dickson, seperti dilaporkan sebuah portal berita dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Anwar mengumumkan mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Agong bagi membentuk kerajaan baharu.

Pengumuman Anwar itu dinafikan pemimpin parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin termasuk BN, PAS, PPBM, GPS, STAR dan PBS.

Mereka menyangkal kenyataan Anwar dengan menyifatkan ia ulangan publisiti murahan. FMT

Apa salah UMNO? – Mahdzhir

Leave a Reply