“Negara alami musibah, kepala hotak kau berebut mau jadi PM…” -Uncle Kentang

Share

Sejak semalam, isu seorang ahli politik yang mendakwa telah mendapat majoriti sokongan untuk menubuhkan kabinet baharu serta menyatakan kerajaan sedia ada sudah tumbang telah mengejutkan ramai.

Namun begitu, sidang media yang dibuat pada tengahari semalam telah mencetuskan pelbagai sindiran dari rakyat sehingga seorang figura yang terkenal di media sosial iaitu Uncle Kentang tampil menulis kiasan di media sosial miliknya.

Sindiran buat ahli politik

Dalam muat naik Kuan Chee Heng, dia telah menyertakan sekali gambar tindihan kerusi dengan kapsyen bertanya sama ada cukup ataupun tidak kerusi-kerusi tersebut untuk jadi perdana menteri.

Rakyat tak akan sokong orang seperti kamu ini

Dalam pada itu, dia sempat menyelar tindakan sesetengah ahli politik yang seakan tidak sabar dengan keadaan semasa dalam memegang tampuk pemerintahan kerana negara dan rakyat masih bergelut dengan pendemik Covid-19 yang dilihat menunjukkan peningkatan.

“Rakyat tak akan sokong orang seperti kamu ini. Sila malu sikit pada rakyat. Kalau kamu tak tahu apa itu malu sila check dengan Dewan Bahasa. Please.”

Setuju dengan Uncle Kentang

Sindirian Uncle Kentang itu telah mendapat perhatian warganet sehingga memperoleh 16 ribu tanda suka dan ratusan komen yang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sukarelawan tersebut.

Tak sudah2…

Terbaiklah Uncle Kentang


Sumber OhMyMedia

PRU15: ‘Uncle Kentang’ Bakal Cabar Mantan Menteri Komunikasi Di Puchong

Leave a Reply