Muhyiddin sudah tidak ada majoriti – Mahathir

Mahathir mengulas kenyataan yang dikaitkan dengan Presiden Umno, Zahid Hamidi, berhubung dakwaan sokongan ahli Parlimen Barisan Nasional kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Katanya, jika kenyataan itu benar, maka Muhyiddin tidak boleh lagi menegaskan beliau masih mempunyai majoriti untuk kekal sebagai perdana menteri.

“Umum tahu majoriti yang dipunyai Muhyiddin sebelum ini amat tipis – antara 1 atau 2 orang sahaja – maka jika seorang atau 2 orang ahli Parlimen Umno menarik sokongan mereka, maka hilanglah majoriti Muhyiddin,” katanya.

“Hari ini, jelas apa yang saya jangka akan berlaku sedang berlaki dan kenyataan Zahid semalam mengesahkan sokongan Umno memang bersyarat,” katanya.



Mahathir seterusnya mengingatkan sokongan Umno kepada presiden PKR “juga pasti bersyarat”.

“Sudah pasti yang memberi sokongan kepada Anwar mempunyai kesetiaan yang lebih kepada (bekas presiden Umno) Najib Razak dan Zahid,” katanya.

Semalam, Zahid dilapor berkata partinya tidak dapat menghalang ahli Parlimennya menyokong Anwar, yang mendakwa mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” daripada wakil rakyat pelbagai parti untuk dipersembahkan kepada Agong.

Sokongan BN kepada PN hanya libat ahli Parlimen, Adun, kata Zahid



Strategi terdesak Anwar untuk menang PRN Sabah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker