Mohon Bubar, Mukhriz Tanya Muhyiddin Berani Macam Shafie?

KOTA KINABALU- Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempersoalkan keberanian Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membubarkan Parlimen.

Beliau mencuit ‘kejantanan’ Muhyiddin selaku Perdana Menteri sama ada cukup kental membubarkan Parlimen seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Shafie Apdal selepas dicabar Tan Sri Musa Aman sehingga berlakunya proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan memilih Sabtu ini.

“Adakah Muhyiddin berani buat seperti Shafie lepas Anwar buat seperti Musa? Catat bekas Menteri Besar Kedah itu di Twitternya, malam ini.



Hari ini atmosfera politik negara digegarkan, apabila Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil mengumumkan beliau memiliki majoriti kukuh membentuk kerajaan.

Malah Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mendakwa, kerajaan pimpinan Muhyiddin telah tumbang.

Sebelum ini, pada 29 Julai 2020 bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.



Sehari kemudian, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan apabila Shafie yang juga
Ketua Menteri dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), berkata permohonan pembubaran itu sudah diperakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Suara.TV

Related Articles

One Comment

  1. Hahaha… Lawaknya… Bapak sendiri pun x berani hari tu 😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker