Jadi wanita kumpul gambar aksi bogel

Seorang lelaki di India sanggup menyamar sebagai wanita dan ejen pencarian bakat bagi mengumpul gambar bogel gadis muda.

Ia selepas kebanyakan mangsa terpedaya dengan tawaran mangsa kononnya mereka berpeluang tampil dalam sebuah program web.

Helah lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun terbongkar selepas polis menerima laporan daripada salah seorang mangsa iaitu remaja perempuan berusia 17 tahun.

Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan bahawa modus operandi suspek adalah menyamar sebagai ejen pencarian bakat.



Lelaki itu menggunakan profil palsu dengan nama ‘Rashi Goel’ di media sosial dan mendakwa dirinya adalah model wanita.

‘Rashi Goel’ juga memuat naik hantaran (posting) kononnya dia mencari bakat baharu untuk tampil dalam sebuah program web.

Remaja berkenaan mendakwa, ‘Rashi’ menghubunginya dan bertanyakan sama ada dia berminat untuk tampil dalam program dalam talian berkenaan.

Bagaimanapun, ‘wanita’ itu mengenakan syarat dan meminta mangsa untuk mengirimkan beberapa gambar termasuk gambar bogel.



Selepas bersetuju dan mengirimkan beberapa gambar, ‘Rashi’ kemudiannya meminta dia berkongsi lebih banyak gambar.

Ia menyebabkan remaja itu berasa terancam dan menyekat Rashi daripada media sosialnya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, ada dua individu lain menghubunginya dan mengugut untuk menyebarkan gambar berkenaan.

Mangsa membuat keputusan untuk melayan permintaan individu berkenaan.



Ini menyebabkan pihak terbabit menyebarkan gambar aib terbabit kepada dua rakannya.

Susulan kejadian, mangsa membuat laporan polis sehingga membawa kepada penahanan suspek.

Media tempatan melaporkan siasatan polis mendapati ‘Rashi Goel’ sebenarnya adalah lelaki bernama Mam Chand di Sultanpuri di sini.

Jurucakap polis berkata, suspek membuat beberapa akaun palsu di media sosial dan menyasarkan gadis muda yang bercita-cita untuk menjadi model.



Polis juga merampas tiga telefon bimbit milik mangsa dengan ada daripadanya mengandungi gambar bogel mangsa. HM

‘Wanita jadian’ perdaya 40 lelaki



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker