Hartawan air botol pintas kedudukan Jack Ma sebagai orang paling kaya di China

Share

Hartawan yang juga pengasas Alibaba.com Jack Ma bukan lagi orang paling kaya di China.

Kedudukannya itu dipintas pemilik perniagaan air botol Zhong Shanshan yang kini digelar hartawan terkaya di negara itu.

Syarikat air botol Nongfu Spring Co miliknya cukup popular dalam kalangan pelabur runcit di Hong Kong, sekali gus mendorong Zhong tersenarai antara tiga terkaya di China awal bulan ini.

Bagaimanapun, kekayaan Zhong bukan hanya datang daripada perniagaan air botol.

Beliau tersenarai selepas syarikat pengeluar vaksin miliknya Beijing Wantai Biological Pharmacy Enterprise Co berjaya menjana kekayaan lebih AS$20 bilion pada awal Ogos.

Zhong kini berada sebaris dengan hartawan dunia lain yang seringkali dikuasai kalangan yang berjaya dalam industri teknologi.
Menurut laporan Bloomberg Billionaires Index, nilai pendapatan bersih diperoleh Zhong mencapai AS$58.7 bilion, iaitu lebih AS$2 bilion mengatasi Jack Ma.

Kedudukannya itu juga meletakkan Zhong orang kedua terkaya di Asia di belakang Mukesh Ambani dari India.

Dalam senarai hartawan dunia, Zhong berada di kedudukan ke-17 di hadapan usahawan Charles Koch dan Phil Knight.

Terkenal dengan nama jolokan “Lone Wolf”, keuntungan perniagaan Zhong melonjak AS$51.9 bilion tahun ini.

Jumlah itu jika dihitung lebih banyak berbanding aset yang dimiliki hartawan lain seperti Jeff Bezos dari Amazon.com Inc dan Elon Musk dari Tesla Inc. Awani

Jack Ma kagum dengan kepimpinan Najib

Leave a Reply