Gigitan Dan Air Liur Berbahaya, Biawak Seberat 60KG Serang Dua Beranak Di Terengganu

Biawak sememangnya terkenal dengan bentuk mereka yang seakan sama dengan buaya dan ada ketikanya jika saiznya cukup besar ia boleh saja menimbulkan ketakutan kepada mereka yang berhadapan dengannya.

Seperti yang berlaku di Kuala Nerus, Terengganu ini pada pagi tadi apabila seekor biawak seberat 60 kilogram dilaporkan menyerang dua beranak perkarangan di rumah mereka.

biawak1

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Wakaf Tembesu itu, lelaki dan anaknya yang berusia tiga tahun itu berdepan detik cemas apabila dia diserang biawak terbabit ketika sedang menjemur pakaian di perkarangan rumahnya.

Biawak itu menurut laporan Berita TV9 dikatakan datang dari paya berhampiran dan mengejar lelaki tersebut sebelum beliau berjaya melepaskan diri.

 

Tidak sahaja menyerang lelaki itu, biawak berkenaan turut mencuba untuk menyerang anak lelakinya yang berusia tiga tahun sebelum diselamatkan isterinya.

Menyedari kejadian tersebut, lelaki berkenaan kemudiannya bertindak menghubungi Agensi Pertahanan Malaysia (APM) untuk menangkap biawak yang cuba menyerang mereka sebelum itu.

Usaha empat anggota APM untuk menangkap biawak itu bagaiamanapun mengambil masa sehingga setengah jam sebelum berjaya. Biawak berkenaan kemudiannya dilaporkan dibawa ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Perhilitan Negara Terengganu.-TheVocket

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker