Abaikan Provokasi Anwar Ibrahim, BN Diseru Fokus Menang PRN Sabah

Ingat tidak peristiwa 16 September 2008 ? Kali ini buat spekulasi lagi. Apatah lagi nama dan partinya terus tenggelam ketika PRN Sabah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah menegaskan semua semua ahli Barisan Nasional terus fokus dengan kerja dalam memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu ini.

“Saya rasa elok semua jentera BN terus fokus dan tumpukan usaha untuk BN memenangi semua kerusi yang ditandingi.

“Dan kita kalahkan Warisan terutama PKR di Pilihanraya Negeri Sabah. Mari terus kita bekerja untuk pastikan BN kembali berkuasa?



“Biarkan Anwar terus dengan mimpi dan strategi beliau yang mudah dibaca,” kata Shamsul dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dalam Twitternya menggambarkan kerajaan masih lagi kukuh selepas mengambil gambar selesainya mesyuarat Jemaah Menteri yang dihadiri semua ahli kabinet.

“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” tweetnya sebentar tadi.



Dalam pada itu seorang lagi Menteri Kabinet iaitu Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dalam postingnya di Facebook turut memaklumkan tiada kekecohan berlaku dalam mesyuarat kabinet hari ini.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan. Saya dalam mesyuarat kabinet dan sibuk merancang untuk rakyat bersama-sama dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya. BN

BN dan Muafakat Nasional Terus Fokus Siap Siaga Jentera Pilihan Raya – Annuar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker