Zahid : Ahli Parlimen Umno bebas menyokong sesiapa pun

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti tidak dapat menghalang ahli-ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau sebagaimana dimaklumi.

Ujarnya, sebagaimana diketahui umum, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari ahli-ahli Parlimen sahaja.

“Saya dimaklumkan ramai ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian ahli-ahli Parlimen berkenaan,” ujar Ahmad Zahid dalam satu kenyataan berhubung perkara yang ditimbulkan oleh Anwar ketika mengadakan sidang medianya tengah hari tadi.

Anwar dalam sidang medianya itu mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan tetapi tidak mendedahkan jumlah dan senarai nama atas alasan untuk dipersembahkan terlebih dahulu kepada Yang di-Pertuan Agong.



KENYATAAN MEDIA PRESIDEN UMNO

Saya telah mengikuti sidang media oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson.

2. Sebagaimana diketahui umum, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan
Nasional (PN). Sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari Ahli2 Parlimen sahaja.

3. UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli2 Parlimen yang mengambil keputusan untuk
menyokong YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk mengadap KDYMM Yang
DiPertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau sebagaimana dimaklumi.



4. Saya dimaklumkan ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan.
Saya menghormati pendirian Ahli-Ahli Parlimen berkenaan.

Ahmad Zahid Hamidi,
Pengerusi BN
dan
Presiden UMNO.
Kuala Lumpur
23 September 2020.

TERKINI: Kerajaan PN jatuh, Anwar dakwa ada majoriti [Video]



 

Sebenarnya Bersatu sudah semakin kuat dan Mahathir akan kembali



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker