Macam kartun, bubar parlimen sajalah, Tajuddin

Bubar Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negara.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman, berkata ia langkah terbaik daripada membiarkan perbuatan melompat parti yang mengakibat keadaan negara huru-hara.

“Muhyiddin Yassin ada pilihan, dia boleh bubarkan Dewan Rakyat dan pilihan yang terbaik adakan PRU, baru biar rakyat tentukan siapa dapat mandat.

“Lompat melompat parti dah jadi macam kartun, dah jadi politik caca marba. Bubar saja Parlimen bagi pada rakyat biar rakyat tertentukan.

“Yang melompat (parti) tentu ada ganjaran, wakil rakyat boleh dijual beli beli dengan duit dan pangkat apa jenis politik kita ini, kita nak wakil rakyat yang bekerja, berwibawa dan berintergriti,” katanya kepada Malaysiakini.

Tajuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan politik semasa hari ini yang menyaksikan Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan.

Anwar memaklumkan perkara itu dalam sidang media berkenaan di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Pada sidang media sebentar itu, Anwar mendakwa dia sudah memiliki sokongan majoriti yang kukuh dan meyakinkan namun enggan mendedahkan jumlah anggota parlimen yang memihak kepadanya.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata bahawa lebih wajar jika dia menyerahkan jumlah sokongan wakil rakyat itu kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

“Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil, bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” kata Anwar.

Tajuddin berkata, Anwar boleh membuktikan yang beliau mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan di Dewan Rakyat.

Katanya, Ketua Pembangkang itu perlu membuktikan yang beliau mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

“Kalau dalam Parlimen ada perubahan dan dapat sokongan majoriti baru boleh iktiraf sebagai alasan jatuh kerajaan (yang ada kini).

“Kalau ada nombor buktikan dalam Parlimen, tak boleh gegar cakap ada nombor. Jadi, dia tak boleh kata (kerajaan PN) jatuh,” katanya. Mk

Kerajaan tidak stabil, PN harus bubar parlimen – Tok Mat

‘Bubar Parlimen, kembalikan mandat rakyat’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker