Gagal dipujuk, lelaki maut terjun apartmen di Jalan Ipoh

Share

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan meninggal dunia selepas terjun dari sebuah apartmen di Jalan Ipoh, Sentul, ibu negara pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah, pihaknya menerima panggilan pada 1.30 petang mengenai kejadian melibatkan lelaki berusia 42 tahun itu.

Bagaimanapun proses itu gagal selepas dia nekad memusingkan badan dan terjun tanpa sempat diselamatkan.

Dia disahkan meninggal dunia pada jam 2 petang.

Siasatan awal mendapati seorang rakan sempat berhubung dengan lelaki itu melalui telefon sebelum insiden.

Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.-Awani

Leave a Reply