PRN Sabah: Pengundi positif COVID-19 tidak dibenar keluar mengundi – Ismail Sabri

Individu yang disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di hospital tidak dibenarkan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut dibuat Mesyuarat Khas selepas membuat pertimbangan bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi yang terlibat.

Bagaimanapun, katanya, individu yang sedang menjalani kuarantin wajib dibenarkan mengundi.

“Bagi mereka yang bergejala, mereka boleh hadir untuk mengundi di tempat khas yang disediakan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Individu yang sedang dalam kuarantin pula, mereka dibenarkan mengundi namun perlu memohon kebenaran daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

“Selepas dibenarkan, mereka juga boleh hadir untuk mengundi di tempat khas yang akan disediakan oleh SPR,”katanya pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Selasa.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata hanya satu atau dua individu sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam rumah apabila membuat kempen rumah ke rumah untuk PRN Sabah.

“Bagi aktiviti kempen rumah ke rumah perlu dikurangkan, namun jika perlu, hanya seorang atau dua sahaja dibenarkan untuk masuk ke rumah bagi menjalankan kempen dengan syarat mematuhi penjarakan fizikal.

“Manakala aktiviti ceramah dihadkan hanya kepada 30 orang sahaja,” katanya. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker