PRN Sabah : 2 anggota keselamatan bawa wang disyaki untuk beli undi diberkas

Dua anggota keselamatan diberkas di Lahad Datu semalam selepas dipercayai membawa sejumlah wang, disyaki untuk membeli undi bagi sebuah parti politik.

Sumber memaklumkan mereka ditahan selepas pihak berkuasa menerima maklumat berhubung “tindakannya yang menjadi wakil kepada parti politik itu”.

“Wang itu dipercayai akan diberikan kepada anggota agar mengundi parti berkenaan hari ini,” katanya.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun enggan mengulas lanjut.

Pengundian awal bagi 16,877 polis dan tentera serta pasangan masing-masing bermula 8 pagi tadi. FMT

Difahamkan, suspek sudah dibawa ke pejabat SPRM Lahad Datu, untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan penahanan anggota terbabit.

Beliau berkata, siasatan lanjut kini diambil alih SPRM.

“Saya sahkan penahanan anggota terbabit dan polis sudah serahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut,” katanya.HM

Agaknya mereka diberi wang oleh parti mana ? Mungkin terdesak dengan kesbodoh “ketepi” agaknya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker