Netizen Kecam Tindakan Lelaki Ini Lempar Kucing Hanya Kerana Panjat Cermin Keretanya (Video)

Sejak semalam, tular sebuah video di Twitter serta Facebook tentang perbuatan seorang lelaki yang melempar seekor kucing yang pada ketika itu sedang memanjat cermin hadapan keretanya.

Tindakan lelaki itu ternyata mengundang kecaman netizen kerana perbuatan tersebut dilakukan secara sedar dan bukannya spontan. Berdasarkan porkongsian akaun Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, kucing berkenaan bukan kucing jalanan dan ia telah mengalami pendarahan dalaman akibat hentakan kuat ke lantai.

Bertabahlah sayang stay strongKhabar dari owner kucing ni kejadian berlaku di depan kedai owner kucing… sekarang ni pendarahan dalaman dah berenti.

Posted by Kelab Pencinta Kucing Malaysia on Monday, 21 September 2020



Kucing tersebut kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan. Rata-rata pencinta kucing tidak sanggup untuk melihat video berkenaan dan berdasarkan perkongsian ini di Twitter, netizen sudah pun menemui butiran lengkap si pelaku.

Owner sudah hantar ke vet dan masih mencari pelaku kejam ni… esok owner akan buat report polis selepas mendapat surat dari pihak vet

Posted by Kelab Pencinta Kucing Malaysia on Monday, 21 September 2020

Pemilik kucing berkenaan akan membuat laporan polis supaya kes seperti ini tidak akan berulang lagi. Dengan kes kekejaman terhadap haiwan yang meningkat setiap tahun, diharap pelaku menerima hukuman yang wajar kerana haiwan juga berhak hidup tanpa ditindas. Vocket



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker