Giliran Covid-19 dituduh sandiwara, Bertabahlah Petugas Kesihatan dan Barisan Hadapan [Video]

Share

Semakin menjadi – jadi mantan menteri PH ini. Rakyat lihat dengan mata dan kepala mereka sendiri bahawa anggota keselamatan negara berjungan dengan bergadai nyawa semasa Tragedi Hitam Negara yang menyaksikan Sabah diceroboh.

Pengorbanan ATM & PDRM dihina dengan kenyataan bahawa anggota keselamatan hanya masuk kampung berlawan dengan ayam dan anjing sahaja.

Ini betul – betul biadap dan tidak boleh diterima oleh rakyat.

Artikel Berkaitan : Mohammadin hina pasukan keselamatan lawan dengan ayam dan anjing di Lahad Datu 

Artikel Berkaitan : Peristiwa Lahad Datu: Isteri kehilangan suami, anak kehilangan ayah itu Sandiwara? [Video]

 

Kini tiba Covid-19 pula dituduhnya sandiwara semasa berkempen dihadapan mengundi cina. Kata beliau:

“Konon 2, 3 hari sebelum mengundi akan menular Covid-19, sangat serius katanya di P188.

Ada lagi mainan mereka (pembangkang) kononnya akan ada orang disuruh pengsan di tempat mengundi kerana Covid-19.

“Bukan Covid-19 itu, itu wayang dan sandiwara supaya mereka nak pengundi lari bertempiaran balik,”