Calon bebas tiada hala tuju, tolak mereka, kata Bung

Share

Rakyat perlu menolak calon Bebas berikutan tiada hala tuju serta perancangan untuk membela nasib rakyat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata, calon Bebas ini tidak mempunyai keupayaan untuk membuat perancangan bagi bantu rakyat.

“Saudara saya, Datuk Masiung Banah yang bertanding Bebas di DUN Kuamut ini merupakan orang baik, dia wakil rakyat berkesan tetapi waktunya sudah berakhir.

“Sebab dia (Masiung) berkesan sewaktu menjadi wakil rakyat sebab bukan individu kerana BN,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama pengundi di Pekan Tongod, petang semalam.

Bung Moktar yang juga calon BN DUN Lamag memberitahu calon Bebas ini tiada hala tuju dan kalau dia menang pun apa yang dia mampu bagi untuk rakyat.

“Dia menang atas kerusi BN tetapi melompat beberapa kali, ini kali melompat dia terperangkap sudah,” katanya.

Beliau berkata, projek pembangunan yang dibawa ke DUN Kuamut sebelum ini bukan pembangunan individu tetapi BN yang sediakan untuk rakyat.

Bung Moktar berkata, dia hanya membawa masalah dan kehendak rakyat kepada kerajaan BN untuk sediakan pembangunan.

“Mungkin dia baik ketika berparti tetapi kini dia bertanding Bebas sudah tiada hala tuju, mahu buat perancangan pun susah dan bantu rakyat susah…ke hulu ke hilir, lama-lama terjun lagi,” katanya.

Leave a Reply