“What The Fish” Tugu Ikan Di Maghribi terpaksa dirobohkan kerana Lucah

Tugu atau patung seharusnya menjadi kebanggan penduduk setempat di sesuatu bandar, negeri dan negara. Tapi lain pula berlaku disebuah bandar di dekat MAGHRIBI apabila sebuah tugu terpaksa dirobohkan kerana selepas rakyat disitu mengadu dan mendesak agar tugu tersebut di musnahkan.

Menurut laporan akhbar  tugu dua ekor ikan di sebuah bulatan jalanraya berdekaatan bandar MEHDIA yang terletak di wilayah Kenitra, Maghribi telah menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas gambar tersebut diviralkan.

Setelah menjadi viral, penduduk dan netizen di sana telah membuat aduan mengenai tugu tersebut kerana ada unsur kelucahan seperti kemaluan zakar lelaki. Apa pendapat anda setelah melihat gambar dibawah

Tugu yang berbentuk 2 ekor ikan yang baru melompat dari air telah menjadi perdebatan hangat antara penduduk di Maghribi  dimana majoriti mereka marah dengan situasi ini menyebabkan majoriti penduduk disitu mendesak pihak berkuasa tempatan merobohkan tugu tersebut kerana ia menyerupai unsur lucah.

Pihak berkuasa tempatan mengakui kemarahan penduduk dan netizen di media sosial namun pihak berkuasa menafikan rekabentuk tugu tersebut ada kaitan dengan ereksi dan menyerupai zakar lelaki.

Netizen merasa marah dan berpendapat rekabentuk tugu tersebut menunjukkan kelucahan melampau kerana menyerupai bentuk zakar dan tidak sesuai di letakkan di khalayak ramai dan lebih berbaloi jika duit untuk membina tugu dapat disalurkan atau diguna pada perkara yang berfaedah seperti menaiktaraf infrastruktur , ubah suai, baik pulih di bandar tersebut

Bandar Mehdia terletak ditepi pantai dan disebabkan itu, tugu berbentuk ikan di bina di situ. Atas desakan penduduk dan netizen, akhirnya pihak berkuasa tempatan akur atas desakan tersebut maka kerja merobohkan tugu tersebut dijalankan.

Sumber:  The Sun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker