Walau Apa Juga Sekatan Dan Halangan, Rakyat Akan Tatap Menyokong BN – Najib Razak

Walau dalam apa juga sekatan, halangan, tekanan rakyat akan tatap menyokong Barisan Nasional kata Datuk Seri Najib Razak malam tadi.

Beliau yang ditemui ketika sesi bersama calon di N17 Darau berkata kini adalah masa untuk rakyat memberikan kepercayaan semula kepada Barisan Nasional selepas apa yang telah dilakukan oleh PH sewaktu menjadi kerajaan.

“ Kita alih balik Kepada Barisan Nasional kerana di dalam PRU-14 kita telah disogok dengan pelbagai janji manis, dengan macam-macam pembohongan, dengan hasutan-hasutan fitnah dan sebagainya dan akhirnya parti BN yang telah banyak jasanya telah kalah di peringkat persekutuan”

Beliau yang turut mengulas mengenai kempen-kempen yang dimainkan oleh PH dan Warisan sewaktu di PRU-14 sehingga mereka berjaya menjadi kerajaan tidak mendapat barakah dari Allah S.W.T.

Katanya kerajaan yang menang kerana pembohongan dan fitnah di peringkat nasional dan di peringkat kerajaan negeri yang menang disebabkan oleh orang yang melompat tidak mendapat barakah dari Allah s.w.t .

“ Sebab bila kita tipu orang, bila kita buyuk, maka kita tidak mendapat barakah dan kerajaan yang tidak mendapat barakah, tidak akan bertahan lama “ katanya lagi.

“ Di dalam tempoh lebih kurang 28 bulan sahaja, sudah kira cukup tempoh waktu untuk kita membuat penilaian. Di dalam tempoh 6 bulan mungkin tidak cukup. Bila kita tanya Warisan dan juga Parti Pakatan Harapan (PH) mengenai janji-janji dan mereka kata tunggulah, takkan hari ini kawin esok dapat anak, dan itu jawapan mereka” katanya lagi.

“ Jadi selepas menunggu 9 bulan tidak dapat anak, 18 bulan tidak dapat anak, ini selepas 28 bulan apa pun tidak nampak dan kini masanya itu telah tiba untuk kita beri semula mandat kepada Barisan Nasional “

Mengulas lanjut, Mood ataupun perasaan di hati rakyat Ketika ini, jelas Najib rakyat kini telah bersedia untuk melakukan perubahan, malah rakyat juga rindu kepada zaman Barisan Nasional katanya lagi.

“ Kalau tuan-tuan tidak percaya, cuba buka laman sosial ( Facebook), komen-komennya, kami rindu zaman Barisan Nasional ”

Mengulas mengenai projek-projek yang diluluskan oleh Kerajaan BN yang kini dihentikan oleh Kerajaan PH dan Warisan, Najib berkata sudah berpuluh-puluh anak-anak orang Sabah yang pandai-pandai dibuang kerja

“ Jurutera kena buang kerja, Surveyor kena buang kerja, Juruteknik kena buang kerja dan inilah nasibnya kalau mereka tidak tahu untuk mentadbir negara ataupun mereka masuk Pilihanraya dengan satu tujuan iaitu untuk membalas dendam kepada BN “ katanya lagi

“ Apa sahaja yang kita buat, yang baik diubah, tetapi patut jika diubah, patut lebih baik dari yang kita (BN) buat, ini lebih berat “

“ Mentaliti mereka juga bukan untuk menunjukkan mereka yang lebih baik, lebih mampu daripada BN, tetapi sekadar untuk balas dendam, sekadar untuk hapuskan legasi BN katanya lagi – BN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker