SAFIEY ILLIAS: “Saya mengaku bersalah… HARAP JADI PENGAJARAN”

“Saya mengaku bersalah dan Alhamdulillah kes sudah selesai. Saya juga sudah menjelaskan kesemua denda RM23,000 tadi. Apa yang boleh diperkatakan, saya harap perkara ini menjadi pengajaran bukan saja diri sendiri tapi orang lain juga.

“Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini demi menghormati undang-undang,” tutur usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan membabitkan kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Mahkamah memerintahkan Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias membayar denda RM5,000 bagi pertuduhan pertama dan RM18,000 bagi pertuduhan kedua. Safiey yang juga penyanyi lagu ‘Syinta Gila’ ini berkata, dia berharap kes itu menjadi pengajaran buat semua pihak.



Mengenai dakwaan dirinya disabotaj pihak tertentu, Safiey enggan mengulas lanjut: “Macam dikatakan, saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Saya mahu ia selesai cepat dan sebab itu saya mengaku bersalah. Terima kasih atas doa dan sokongan yang berterusan diberikan kepada saya,” katanya.

Terdahulu, ada laporan mengenai waran tangkap sudah dikeluarkan ke atas Safiey ekoran dia dua kali gagal hadir pada prosiding yang dijalankan.

www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Safiey Illias

 



Tengok Mira Filzah kahwin, Safiey Illias pula nak akhiri zaman bujangnya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker