PGA rampas ketum seberat 328kg

Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas daun ketum seberat 328 kilogram (kg) di Tanah Merah, dekat sini malam tadi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, serbuan berasingan di dua lokasi itu membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM9,840.

“Serbuan pertama pada jam 7.30 malam kita merampas 48.5kg daun ketum di sebuah bangsal di Kampung Jedok, Tanah Merah.

“Kita turut menahan lima lelaki termasuk dua warga Thailand di sebuah rumah di Kampung Jedok bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, empat daripada semua suspek ditahan itu positif dadah jenis methamphetamine selepas menjalani ujian saringan air kencing.

Bangsal yang digunakan tiga rakyat tempatan dan dua warga Thailand untuk menyembunyikan daun ketum di Kampung Jedok, Tanah Merah.
Bangsal yang digunakan tiga rakyat tempatan dan dua warga Thailand untuk menyembunyikan daun ketum di Kampung Jedok, Tanah Merah.
“Serbuan kedua di sebuah kawasan kebun getah di Kampung Gual Jedok, pihaknya berjaya merampas 279.5kg daun ketum yang dianggarkan bernilai RM8,385.

“Hasil pemeriksaan di sebuah kawasan kebun getah itu menemui daun ketum yang ditutup dengan kanvas. Tindakan itu bagi mengelakkan kegiatan itu dikesan anggota penguat kuasa,” katanya.

Azhari berkata, untuk kes pertama, siasatan awal mendapati salah seorang daripada suspek yang ditangkap adalah pengedar daun ketum di sekitar kawasan berkenaan.

“Ketum itu diambil sendiri oleh suspek daripada seorang pembekal di Kedah.

“Kes pertama di siasat bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Sekyen 6 (3) Imigresen 1959/63,” katanya. Sinar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker