Pembangunan Digital Akan Buka Peluang Ekonomi – Salleh

“Kota Belud ini terikat dengan politik pembangunan dan sudah pasti rasanya rakyat khususnya pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan khususnya melihat soal ini dan pada saya kelangsungan soal pembangunan digital akan membuka kepada peluang-peluang ekonomi dan sebagainya lagi pada masa depan.

“Pada masa depan di situlah peluang ekonomi dan peluang pekerjaan. Jadi ini harus kita tumpukan. Semasa saya dahulu menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia, kerajaan persekutuan juga telah menyediakan lebih RM100 juta peruntukan untuk menaiktaraf kemudahan internet daripada Kudat, Kota Marudu ke Kota Belud tetapi apabila Warisan mengambil alih perkara itu tidak dilaksanakan dan saya ingin meneruskan usaha-usaha tersebut kerana pada saya kalau kita berbicara soal ekonomi kita tidak boleh pisahkan dengan kemudahan internet perlu ada di kawasan ini.”

Demikian antara penegasan calon Barisan Nasional (BN) DUN Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang turut melihat soal pembangunan infrastruktur dan sebagainya lagi turut menjadi tumpuan dan hasratnya di kawasan tersebut.

Kata beliau lagi dua aspek yang perlu dilihat dari sudut politik pembangunan pertamanya untuk mencipta peluang ekonomi dan keduanya kemampuan untuk mencipta peluang pekerjaan yang sudah pasti memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Selain daripada kita memberi peluang untuk menentukan prasarana asas itu dapat diselesaikan di kawasan kita dan kalau kita melihat di kawasan Usukan umumnya prasarana sudah tersedia sejak BN memerintah lagi tetapi itu tidak mencukupi. Kita ingin tentukan agar kita melihat perkembangan masa depan yang lebih mencabar lagi.

“Itulah sebabnya sewaktu saya menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia, saya telah lancarkan program digital Kota Belud agar Kota Belud tidak ketinggalan dalam proses membangun digital. Kemudahan internet yang laju bukan sahaja di bandar-bandar tetapi juga di luar bandar harus dinikmati,’’ ujarnya.

Tambah beliau lagi rakyat tentunya ingin mengubah balik setelah Warisan dilihat tidak menunaikan janji-janji mereka selain tidak memberi tumpuan untuk membangunkan Sabah tetapi mereka lebih berpolitik semata-mata.

“Dan ini tidak sihat untuk kita di negara Malaysia dan Warisan pula bukan sebahagian daripada kerajaan Persekutuan dan sudah tentu proses pemerintahan tidak licin sepertimana yang kita harapkan,’’ tambahnya.

“Apa yang pasti penjelasan kepada masyarakat, PRN ini bukan sekadar memilih wakil rakyat tetapi kita ingin memilih sebuah kerajaan yang baharu yang mana kerajaann yang akan meneruskan usaha-usaha kita yang terdahulu kesinambungan proses pembangunan di Sabah,” tambahnya. – UMNO Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker