Maut ditikam berebut kipas

Share

Serdang: Berebut kipas angin dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga warga Myanmar mati ditikam dalam pergaduhan di sebuah pangsapuri di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 10.15 malam.

“Susulan itu sepasukan polis ke lokasi kejadian sebelum menemui mangsa yang berusia 30-an dalam keadaan berlumuran darah.

“Siasatan mendapati mangsa ditikam dari belakang dan terus rebah di tempat kejadian. Pergaduhan berpunca daripada tidak puas hati akibat berebut kipas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ismadi berkata, susulan itu polis menahan tiga lelaki yang juga warga Myanmar pada malam sama bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, proses bedah siasat dijalankan hari ini bagi mengenalpasti punca kematian mangsa.

“Polis sudah mengenal pasti beberapa suspek yang terbabit dalam kejadian itu dan tangkapan sudah dilakukan.

“Usaha untuk mengesan dan menahan suspek yang masih bebas dalam tindakan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, mangsa terbabit dalam pergaduhan membabitkan beberapa individu sebelum ditikam berkali-kali menggunakan pisau. HM

Leave a Reply