ADAKAH SYAMSUL YUSOF DAN ISTERI DALAM KRISIS?? INI JAWAPAN ISTERI SYAMSUL

Share

DAKWAAN kononnya pelakon Puteri Sarah Liyana hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu menimbulkan spekulasi tentang hubungan rumah tangganya dengan pengarah filem Syamsul Yusof sedang berantakan.

Menerusi laporan Harian Metro, Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga.

Puteri Sarah dikatakan hadir ke pejabat berkenaan ditemani seorang wanita dipercayai ibu mertuanya iaitu Datin Fatimah Ismail.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar Puteri Sarah mengunjungi pejabat agama itu.

JAWAPAN PUTERI SARAH KENAPA DIA KE PEJABAT AGAMA

 

Ditanya mengenai dakwaan tersebut, Puteri Sarah memilih untuk tidak mengulas lanjut.

“Maaf, tiada apa yang ingin saya kongsikan buat masa ini,” katanya.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Syamsul tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab.

Tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau ’unfollow’ akaun Instagram suaminya, bagaimanapun Syamsul masih lagi mengikuti akaun wanita itu.

 

Foto terakhir dimuat naik pasangan itu ialah pada Hari Raya Aidilfitri sekitar Mei lalu.

Menerusi Instastory, Puteri Sarah turut berkongsi paparan skrin kata-kata semangat yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Ahad… ini bukan tentang hubungan sempurna, ini tentang mencari seseorang yang sesuai dengan kamu dan akan melalui segalanya tanpa putus asa, ” kongsinya.

Pelakon drama Cinta Antara Kita ini berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply