‘6 Bulan Alat Kelamin Gagal Berfungsi’ – Pengarah Drama Dakwa Disantau, Gambar Digantung Atas Bara Api

Seorang pengarah drama yang hanya mahu dikenali sebagai C, memberitahu dirinya semakin sembuh selepas terkena santau angin sejak empat bulan yang lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, C telah mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan Islam dan tradisional sepanjang tempoh tersebut.

Kena santau angin

Saya memang tak sangka kena santau angin daripada pihak yang tak dikenali. Saya ingatkan tompok putih seperti terbakar di muka kerana kesan panau atau kerana salah guna ubat. Saya ambil keputusan berjumpa pakar dermatologi untuk dapatkan nasihat serta buat rawatan wajah tapi hasilnya tak berjaya juga.

Doktor melihat ada sesuatu yang tak kena dan akhirnya mencadangkan saya berjumpa dengan pengamal perubatan Islam bagi merujuk lanjut masalah ini.

Menurut C, badannya kini semakin pulih dan kulit mukanya sudah kembali seperti biasa selepas mendapatkan rawatan. Tambahnya, dia sempat berjumpa dengan seorang ustazah ketika menjalani penggambaran di Kuantan, Pahang. C terkejut mendengar cerita daripada Kak Ina ketika mendapatkan rawatan tersebut.

Bomoh dari negara seberang


Belum duduk untuk rawatan lagi, kak Ina dah beritahu saya kena sihir iaitu santau angin, membuatkan saya tergamam sekejap apabila mendengarnya. Saya sendiri rasa ada sesuatu yang lain kerana sudah enam bulan alat kelamin saya gagal berfungsi dengan sempurna.

Itulah sebabnya saya terdetik untuk berubat secara Islam. Kerja jahat ini dilakukan oleh bomoh dari negara seberang bertujuan merosakkan semua yang ada pada saya. Gambar saya juga digantung di atas bara api agar saya rasa sesak nafas.

Ujarnya lagi, selain berjumpa Kak Ina, dia turut berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang dikenali sebagai Abang Ijol di Johor. Tambahnya, lelaki itu turut memberitahu perkara yang sama. Di samping itu, C memberitahu dia terkejut apabila Abang Ijol memberitahu gambarnya turut digantung atas bara api agar dirinya rasa sesak nafas. Hal tersebut mempunyai kaitan dengan wajahnya yang seakan terbakar.

Disoal adakah dia mengesyaki sesiapa yang melakukan perbuatan terkutuk itu, C memaklumkan yang dia sukar untuk memastikan identiti individu berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker