5 Bulan Berniaga Cempedak Goreng Di Jalanan, Isteri Arwah Abam Kini Buka Kedai Sendiri

Demi menyara keluarga selepas pemergian suami tercinta, isteri arwah Abam, Hidayah telah mulakan perniagaan bersama adik iparnya sejak April lalu. Malah, perniagaannya mendapat sambutan hangat dalam kalangan penduduk setempat.

Bermula dari hanya menjual cempedak goreng di jalanan, kini Hidayah berjaya membuka kedainya sendiri di Sabak Bernam. Beliau berkongsi perkhabaran gembira itu di Instagramnya.

Hidayah berasa bersyukur atas rezeki yang Allah berikan kepada dirinya dan gembira kerana hasil titik peluhnya selama ini membuahkan hasil sehingga mampu memiliki sebuah kedai.

Justeru itu, Hidayah berterima kasih kepada tulang belakangnya iaitu abang dan keluarga tercinta kerana membantu, mendoakan dan menyokong dirinya. Malah, beliau juga berterima kasih kepada Majlis Daerah Sabak Bernam kerana meluluskan permohonan kedai dengan cepat.

Tahniah diucapkan kepada Hidayah, semoga perniagaan semakin maju dan dimurahkan rezeki.

Jualan Dapat Sambutan, Isteri Arwah Abam Berniaga Cempedak Goreng Demi Sara Keluarga

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker