Saya bukan boneka Musa, Hajiji tolak dakwaan Shafie

Pengerusi PPBM Sabah Hajiji Noor menafikan dakwaan kononnya beliau adalah boneka kepada bekas ketua menteri Musa Aman.

Hajiji menolak sekeras-kerasnya dakwaan presiden Warisan Mohd Shafie Apdal kononnya beliau (Hajiji) akan dikawal oleh Musa sekiranya menang pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah kali ini.

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman itu berkata, dakwaan itu tidak benar kerana beliau sendiri sudah lama berkecimpung dalam arena politik negeri.

“Saya dah matang dalam politik. Tidak ada satu orang pun boleh kawal apa yang tersirat dan apa perancangan saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kindu di sini, hari ini.



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini membayangkan kemungkinan Hajiji dilantik sebagai ketua menteri jika gabungan PN dan sekutunya berjaya membentuk kerajaan baru Sabah.

Shafie, yang juga ketua menteri Sabah, membuat dakwaan tersebut ketika menyampaikan ucapan pada majlis bersama rakyat di Kota Kinabalu semalam.

Hajiji meminta Shafie supaya tidak melibatkan orang lain seperti Musa dalam kempen ceramahnya kerana penyandang kerusi DUN Sungai Sibuga itu tidak bertanding dalam PRN Sabah kali ini.

“Beliau (Musa) tidak lagi menjadi calon. Walaupun mungkin beliau ada berkempen di beberapa kawasan, tetapi saya fikir, kenapa tumpuan diberi kepada beliau… Kutuk beliau, bermacam-macam. Tidak adil bagi beliau (kerana) ada yang keterlaluan sehingga fitnah dan sebagainya.



“Isu kita ialah untuk memulihkan ekonomi rakyat, membantu rakyat dan masa depan negeri Sabah. Kenapa pula kita hentam orang lain yang tidak terlibat dalam pilihan raya? Jadi, bagi saya itu tidak berapa manis didengar oleh rakyat,” katanya.

Hajiji berdepan 2 pencabar iaitu calon Warisan Aliasgar Basri dan Rekan Hussien (Parti Cinta Sabah) dalam pertarungan 3 penjuru bagi kerusi DUN Sulaman yang mempunyai 11,711 pengundi pada PRN Sabah ini, 26 Sept ini.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Hajiji memperoleh 12,966 undi mengalahkan 2 pencabar lain iaitu Abdullah Sani Daud (Warisan) yang mendapat 5,192 undi dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah Arifin Harith (467 undi). FMT



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker