PRN Sabah: Jiwa Besar Salleh Keruak, mohon maaf atas kesilapan lalu [Video]

Share

KOTA BELUD: Setelah hampir dua tahun mendiamkan diri dari arena politik tempatan dan nasional, Datuk Seri Salleh Tun Said kembali menggegarkan politik Sabah apabila dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk kerusi DUN Usukan.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu menjelaskan, ini merupakan satu tugas dan amanah yang perlu dipikul sebaiknya selain memastikan BN menang di DUN tersebut.

Salleh juga mengakui kekhilafan beliau ketika mahu meninggalkan UMNO dan BN serta menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Oktober 2019.

“Saya akui saya khilaf pada waktu itu. Apa yang saya lakukan pada mulanya keluar dari UMNO itu satu Kekhilafan kerana saya hanya melihat dari aspek kesinambungan pembangunan semata-mata tanpa melihat kepada konsep parti politiknya.

“Pada saya kalau kita tersilap, kita harus balik semula ke pangkal jalan,”

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat DUN Usukan di Kampung Timbang Dayang yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Salleh ketika berucap pada majlis itu menyatakan bahawa nikmat pembangunan di Kota Belud dan DUN Usukan itu dilaksanakan kerajaan BN di bawah pemerintahan Najib.

Leave a Reply