Kempen Melampau: Kuda dicukur dengan lambang parti

Kita tahu bahawa PRN Sabah pada kali ini begitu sengit kerana seramai 447 calon bertanding yang melibatkan 17 parti politik dan bebas.

Warisan yang sebelum ini merampas Kerajaan Sabah daripada BN yang diteajui oleh Musa Aman nampaknya kelihatan sangat terdesak.

Pelbagai janji yang dibuat dan pelbagai sentimen sempit disajikan kepada rakyat Sabah semata – mata mahu kekal berkuasa menipu rakyat.

Dijanjikan kepada rakyat Sabah 5 ekar tanah setiap seorang rakyat Sabah sekiranya mereka menang dalam PRN negeri ini belum cukup gila lagi.

Sebelum ini dalam kempen mereka memacak bendera sesukati tanpa meminta izin tuan tanah itu perkara biasa, namun lebih luar biasa lagi mereka juga menggunakan haiwan seperti kuda untuk berkempen. Gambar yang viral di media sosial baru – baru ini benar – benar melampaui batas berkempen.

Kalau berkempen sambil menunggang kuda tidak mengapa ini dicukurnya bulu kuda hanya semata – mata  kempen parti warisan. Ini amat tidak berhati perut dan kejam terhadap haiwan.

Eksploitasi haiwan seperti ini bukan budaya Sabah yang adab resam yang menghormati alam dan haiwan sebagai benda hidup.
Kita harap pesatuan pecinta haiwan akan membuat laporan polis terhadap parti berkenaan.

Yeop Karai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker