Hong Kong henti penerbangan dari Kuala Lumpur susulan penumpang positif COVID-19

HONG KONG: Pihak Berkuasa Penerbangan Hong Kong telah melarang penerbangan antara wilayah itu dan Kuala Lumpur selama dua minggu, berkuatkuasa serta-merta.

Agensi berita South China Morning Post (SCMP) melaporkan, tindakan itu diambil selepas lima penumpang pesawat Cathay Dragon dari India yang melakukan transit di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, didapati positif koronavirus.

Tindakan itu telah secara tidak langsung telah menutup laluan utama bagi warga negara India yang cuba kembali ke Hong Kong selepas terkandas di negara luar berbulan-bulan lamanya.

Jurucakap Cathay Dragon berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh pihak kesihatan Hong Kong mengenai status lima penumpang berkenaan yang menaiki penerbangan KA734.

Selain itu, Cathay Dragon berkata, penumpang yang terjejas akan dikembalikan semula wang mereka, atau penerbangan alternatif.

Lima penumpang yang positif itu, terbang ke Malaysia melalui syarikat penerbangan Air India Express, sebelum menaiki Cathay Dragon.-Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker