Empangan Papar: Jangan lupa kita semua telah di perdayakan Warisan

Rakyat Sabah diberi peringatan supaya tidak lupa bagaimana kerajaan negeri yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) telah memperdayakan mereka mengenai projek empangan Papar.

Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berkata, Warisan meneruskan projek itu meskipun menerima tentangan hebat daripada komuniti dan kumpulan pencinta alam sekitar.

Jelas Anifah, tindak tanduk Warisan yang diketuai Datuk Seri Shafie Apdal menggambarkan mereka tidak mempunyai komitmen terhadap pemuliharaan seperti apa yang mereka banggakan sebelum ini.

Tambah beliau, orang Sabah masih ingat bagaimana Warisan dan sekutunya seolah-olah menentang pembinaan empangan Kaiduan yang kemudiannya memindahkan projek tersebut dari Penampang ke Papar dan menamakannya sebagai empangan Papar setelah mereka berkuasa.

Menurut AZnifah, kerajaan yang diketuai Warisan telah menunjukkan belang sebenar mereka yang tidak prihatin kepada keluhan dan penderitaan rakyat.

“Rakyat Sabah perlu sedar. Kita dah diperdaya dan ditipu oleh Kerajaan Warisan dalam isu ini.

“Kerajaan yang tidak mendengar keluhan rakyat bukanlah kerajaan untuk rakyat mahupun kerajaan oleh rakyat. Mereka tidak patut sama sekali diberikan peluang sekali lagi memegang tampuk pemerintahan, ia merbahaya.

“Ironinya Shafie menebalkan muka mendakwa kerajaan pimpinan Warisan memberi fokus kepada isu alam sekitar sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2018.

“Shafie berkata demikian ketika menjawab panggilan WWF-Malaysia bagi parti-parti politik untuk menyertakan komitmen alam sekitar dalam manifesto mereka untuk pilihan raya negeri akan datang.

“Sesiapa yang berfikiran waras tidak akan mempercayai beliau, Warisan mahupun sekutu mereka. Di satu sudut, mereka sanggup meneruskan projek mega yang mana komuniti, kumpulan dan pakar alam sekitar telah beri amaran akan merosakkan persekitaran, tanah pusaka dan komuniti.

“Di sudut lagi satu, mereka dakwa bahawa mereka telah fokus kepada isu-isu alam sekitar sejak memerintah pada 2018. Meskipun ditentang hebat, mereka enggan mendengar suara dan keluhan rakyat,” dakwanya.

Baru-bari ini Ketua Menteri Sabah itu mengumumkan pembinaan projek kontroversi bernilai RM3 bilion itu akan diteruskan di Mondoringin.

Dalam pada itu, Anifah berjanji seandainya PCS berkuasa, pihaknya akan mencari alternatif kepada pembinaan empangan Papar yang lebih mampan.

“PCS amalkan prinsip pembangunan lestari dan akan mendengar semua pihak yang berkepentingan,” ujarnya.

Tambah beliau, adalah tidak bijak untuk mana-mana kerajaan meneruskan juga projek apabila terdapat bantahan kuat daripada rakyat. – MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker