COVID-19: Krew kabin terkesan, ‘frontliner’ di awam biru tak seindah diimpikan

Wabak pandemik COVID-19 yang menular di seluruh dunia sememangnya memberi kesan yang sangat ketara kepada industri penerbangan negara. Bahkan pada awal tahun, pesawat-pesawat komersial tidak mampu beroperasi sehingga menyebabkan kebanyakan syarikat penerbangan mengalami kerugian yang sangat besar.

Disebabkan kesulitan itu, staf-staf penerbangan termasuklah juruterbang, pramugari, dan pengurusan terpaksa menamatkan perkhidmatan berikutan pengecilan operasi.

Dunia penerbangan tak seindah diimpi…

Disebabkan pengecilan operasi yang dilakukan, ramai krew kabin terpalit dengan tindakan berkenaan dan terpaksa akur dengan keputusan drastik yang telah umumkan.

Luahan kekecewaan dan kesedihan itu juga dirasai oleh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi nukilan yang ditinggalkan oleh mereka di laman sosial pada detik-detik terakhir melaksanakan tugasan sebagai seorang staf penerbangan.

 

“Ada rezeki, kita jumpa lagi…”

Industri penerbangan kembali rancak

Untuk Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sektor pengangkutan udara antara sektor yang dibenarkan beroperasi semula. Bagaimanapun, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menyenaraikan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.
Kapal terbang dah mula panaskan enjin, ekonomi negara juga kembali menaik!

Tak kisah ada di mana2, penting patuh segala SOP!

Masih tak dibenarkan untuk terbang ke luar negara, ramai dilihat melepaskan ‘gian’ mereka untuk bercuti dengan melawat kawasan-kawasan tarikan pelancongan di Malaysia sahaja.

Sabah, Sarawak dan Langkawi antara hotspot untuk bercuti sekarang ni, kan?

Walaupun hanya sekadar penerbangan domestik, tidak bermakna orang ramai boleh leka dan alpa dengan segala SOP yang ditetapkan terutamanya sepanjang berada di kawasan lapangan terbang dan ketika duduk di dalam pesawat!

Terapkan norma baharu, kerjasama putuskan wabak

Pelbagai kelonggaran telah diberikan oleh kerajaan termasuklah untuk merentas negeri dan melancong , SOP ini sewajarnya dipatuhi oleh genap lapisan masyarakat dan merupakan tanggungjawab setiap individu untuk melaksanakannya.

Tak kisahlah krew penerbangan, anak kapal, pilot ataupun penumpang, sebaiknya bekerjasama untuk memastikan SOP dilaksanakan dengan sempurna!

Walaupun agak leceh, SOP ini sebenarnya banyak membantu untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Oleh itu, sentiasa terapkan pembudaayan norma baharu dalam diri dan masyarakat demi kesejahteraan kita semua.

Untuk info lanjut, boleh rujuk di sini.

Ingat! Jangan kembalikan sejarah hitam seperti awal tahun lalu.-OhMyMedia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker