Amaran ribut petir, angin kencang di beberapa kawasan sehingga 9 malam ini

Share

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bersama hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di seluruh negara sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri yang terlibat dengan amaran itu ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Selain itu, di Kelantan kawasan seperti Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor juga akan mengalami cuaca buruk.

Di Sarawak, kawasan yang mungkin terkesan ialah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang serta kawasan pedalaman, pantai barat, (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) di Sabah.

— BERNAMA

Leave a Reply