PRN Sabah: Aku Janji GRS Meyakinkan berbanding tiupan sentimen sempit Warisan

NAMPAKNYA soal Perjanjian Malaysia (MA63) jadi isu besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Tan Sri Perdana Menteri bersungguh-sungguh cuba yakinkan rakyat Sabah mereka akan tunaikan Aku Janji yang penuh meyakinkan rakyat Sabah

Soal MA63 ini memang jadi perkara sensitif kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Mereka dah lama tanyakan kenapa tidak ada reviu semula MA63 seperti sepatutnya.

Lagipun mereka rasakan kedua-dua negeri itu tidak dapat pengiktirafan yang wajar.Sabah dan Sarawak tak boleh disamakan dengan mana-mana negeri di Semenanjung sebaliknya setaraf dengan Persekutuan Tanah Melayu.



Selama ini rakyat kedua-dua negeri itu merasakan mereka tak dapat layanan yang sepatutnya. Mereka anggap kedudukan mereka unik.

Mereka tak mahu import masalah dari Semenanjung. Ini termasuklah soal perkauman, agama dan pendidikan.

Warisan Plus yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mainkan sentimen perpaduan rakyat Sabah kali ini. Kempen parti pimpinan beliau yang meniupkan sentimen seolah -olah beliau anti semenanjung sebenarnya memakan diri sendiri

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker