Andi Semakin Lantang Laung Tolak ‘Sempornanisasi’

Calon BN N71 Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandy semakin lantang apabila dilihat berani menyuarakan isu “Sempornanisasi” oleh kerajaan Warisan berbanding ucapannya sebelum ini dalam siri kempen beliau.

Menurutnya, Sempornanisasi yang “diamalkan” Warisan mengakibatkan ramai individu lebih layak menjawat sesuatu jawatan dalam kerajaan Sabah tidak mendapat peluang.

“Orang-orang itu diberi jawatan walaupun tidak layak atau tiada pertimbangan sewajarnya. Kita tidak mahu perkara ini berterusan. Kasihan kepada yang layak (tapi tidak diberi peluang), kasihan penjawat awam,” katanya semasa berucap di Dewan Terbuka Pentas KK Hamid Hassan.

Sehubungan itu, Andi mengajak seluruh rakyat samada anak muda atau golongan tua agar menolak Warisan yang jelas mengamalkan Sempornanisasi apabila melantik ramai penjawat awam, khasnya jawatan tinggi kepada orang berasal dari Semporna.



Semporna merupakan daerah kelahiran Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) yang juga Ketua Menteri Sementara, Datuk Seri Shafie Apdal.

Dalam pada itu, beliau meminta rakyat Tanjung Batu agar tidak terpedaya dan terpesona dengan janji-janji manis Warisan yang datang kepada mereka, khasnya di saat-saat akhir tempoh berkempen tamat.

“Kita mahu Ubah Balik Sabah. Saya merayu kepada semua untuk menunaikan tanggungjawab turun beramai-ramai ke Pusat Mengundi masing-masing pada 26 September ini. Bantu saya untuk membantu tuan-tuan dan puan-puan,” katanya.

Menurutnya, beliau bukanlah orang terhebat tapi berjanji akan memikul mandat yang diberi sebaik-baiknya jika dipilih menjadi Wakil Rakyat Tanjung Batu.



Bercakap kepada media, Andi berharap momentum sambutan memberangsangkan diterima daripada orang ramai ketika siri ceramah dan gerak kerja jentera beliau dapat dikekalkan dan diterjemahkan ke peti undi.

Beliau juga berharap 50% pengundi muda berusia 40 tahun ke bawah di DUN Tanjung Batu akan memberi kelebihan kepadanya. BN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker