Warisan beri projek jalan RM1. 4b kepada hanya 4 syarikat – Najib

Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek jalan raya di Sabah diberikan.

Dalam hantaran di Facebook Najib menggesa pemimpin Perikatan Nsional (PN) dan Barisan Nasional (BN) selain orang ramai supaya mendapatkan jawapan tentang bagaimana projek jalan raya diberikan.

Memetik maklumat yang didakwa dibocorkan oleh pegawai awam kepada sebuah portal pada Januari, Najib mempersoalkan kewajaran projek jalan raya bernilai RM1.45 bilion yang diberikan oleh kerajaan negeri pimpinan Warisan kepada 4 syarikat yang tidak memperoleh apa-apa pendapatan pada 2019,

Projek berkenaan didakwa diberikan secara rundingan terus, sementara rekod syarikat yang dipetik oleh portal berkenaan dikatakan menunjukkan 3 daripadanya tidak memperoleh apa-apa pendapatan, sementara syarikat ke-4 hanya ditubuhkan pada Mac 2019 dan tidak memfailkan apa-apa laporan kewangan.

Pada Februari Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony menolak laporan portal berita itu sebagai fitnah dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan, selain membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Anthony berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memberikan kontrak melalui rundingan terus kerana hanya menteri kewangan negeri mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Najib berkata, maklumat bocor itu menunjukkan 4 syarikat diberikan projek bernilai antara RM325 juta hingga RM500 juta.

Menurut dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) modal berbayar 4 syarikat itu adalah antara RM750,000 ke RM1.24 juta, tetapi 3 daripadanya mencatatkan kerugian antara RM12,000 hingga RM1.1 juta, katanya.

Syarikat terbabit juga tidak mencatatkan pendapatan pada 2019, katanya.

Dalam pada itu, syarikat ke-4 hanya ditubuhkan pada Mac 2019 dan tidak memfailkan apa-apa kenyataan kewangan, kata Najib.

Katanya, beliau sebelum ini membangkitkan soalan tersebut, tetapi terus tidak dijawab sehingga kini. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker