Shafie gagal bawa kemudahan asas kepada penduduk luar bandar di Sabah

Amat menyayat hati melihat banyak kawasan luar bandar di Sabah yang masih tiada bekalan asas seperti air, letrik dan jalan bertar.

Shafie Apdal pernah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar yang pertama berasal dari Sabah yang dilantik secara khusus oleh Datuk Ser Najib Razak dengan harapan beliau dapat menyelesaikan masalah pembangunan luar bandar terutamanya di negeri Sabah.

Kementerian Shafie juga diberi keistimewaan dan keutamaan lebih dari kementerian-kementerian yang lain oleh Datuk Seri Najib dalam mengendalikan proses kelulusan dan agihan bajet.

Sebagai rujukan, Datuk Seri Shafie menjadi Menteri KKLW dari tahun 2009 hingga 2015. Jumlah perbelanjaan pembangunan KKLW (2009-2015) ialah RM34,818,000,000 (RM34,818 bilion). Jumlah bajet pembangunan KKLW adalah kedua terbesar selepas Jabatan Perdana Menteri dari tahun 2012 hingga tahun 2015.

Ada projek yang dibina seperti Jalan Luar Bandar (JALB), Elektrik Luar Bandar (BELB), Air Luar Bandar (BALB) dan lain-lain ‘asal bikin’ untuk komisen bukan keperluan rakyat. Ada projek terbengkalai dan tidak mencapai spesifikasi ditetapkan. Sebab itu tidak hairan projek yang dibina kadang memakan masa bertahun digunakan. Paip ada tapi air tiada, tiang elektrik ada tapi elektrik tiada, Jalan dibina tapi ‘Jalan monyet’ ke kebun.

Dan selama menjadi Ketua Menteri Sabah, Shafie hanya pandai janji dan rasmi tapi projek tak jalan juga.

Hampir dengan pilihanraya maka macam-macam dijanjinya lagi. Sebagai umpan dijanjikan tanah pula.

Sabah perlukan pembangunan asas yang amat kritikal.

Di negeri Sabah masih ada lagi penempatan/perkampungan yang jumlah penduduknya melebihi 300 orang yang masih tiada kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih.

Cukuplah kelibat Shafie Apdal dan partinya di Sabah. Terbukti dia gagal sepenuhnya membawa perubahan serta pembangunan di Sabah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker