Rasuah pengundi, Bersih jangan jadi dwi-standard

Oleh Dr Kamarul Yusoff


RASUAH PENGUNDI: MENGAPA PERLU WUJUD DWI-STANDARD?

Bersih 2.0 dalam satu kenyataan media bertajuk “Adakah Muhyiddin Sedang Merasuah Pengundi Di Sabah?” hari ini, 18 September 2020, mendakwa: “Muhyiddin dengan jelas menggunakan kedudukannya dan sumber kerajaan untuk mempengaruhi pengundi di Sabah untuk mengundi calon yang selari dengan Perikatan Nasional.”

Bersih 2.0 seterusnya “menggesa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) untuk menyiasat tindakan rasuah oleh Perdana Menteri dan terhadap semua yang menggunakan kedudukan mereka serta sumber kerajaan bagi memancing undi.”

Peliknya, sewaktu PH memerintah dulu, Bersih 2.0 dalam satu kenyataan media bertajuk “Memancing Undi Nelayan Menggunakan Dana Kerajaan Tidak Melanggar Undang-Undang Namun Tetap Salah” pada 7 November 2019 pernah menyebut: “Percubaan untuk memancing undi daripada nelayan tidak bertentangan dengan undang-undang sedia ada tetapi ianya jelas sekali tidak beretika untuk parti politik menggunakan duit pembayar cukai bagi memenangi pilihan raya.”

Bersih 2.0 juga menyebut bahawa ia “telah merekodkan beberapa laporan menteri kerajaan persekutuan mengumumkan peruntukan wang tunai semasa lawatan mereka ke Tanjung Piai, sebelum dan semasa tempoh berkempen” tetapi turut menegaskan bahawa “kami tidak mengatakan bahawa menteri-menteri ini telah melanggar undang-undang pilihan raya kerana undang-undang penggunaan sumber kerajaan untuk berkempen masih belum digubal”.

Mengapa perlu wujud dwi-standard begini: Waktu PH memerintah perbuatan begini tidak dikatakan melanggar undang-undang tetapi waktu PN memerintah perbuatan begini dikatakan melanggar undang-undang pula?

Rujukan:
1. http://www.bersih.org/kenyataan-media-bersih-2-018-september-2020-adakah-muhyiddin-sedang-merasuah-pengundi-di-sabah/
2. http://www.bersih.org/kenyataan-media-bersih-2-0-7-november-2019-memancing-undi-nelayan-menggunakan-dana-kerajaan-tidak-melanggar-undang-undang-namun-tetap-salah/

Bersih gesa SPRM siasat PM atas dakwaan ‘pancing undi’

Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin cuba “memancing undi”.

Pemantau pilihan raya itu memetik laporan Muhyiddin menyerahkan replika cek lebih RM60 juta kepada wakil nelayan dan petani dalam sebuah majlis di Beaufort, Sabah semalam.

“Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya menyatakan mana-mana orang yang memberikan wang atau sebarang balasan bernilai untuk mempengaruhi pengundi semasa pilihan raya dianggap melakukan kesalahan rasuah.

“Dilaporkan juga beliau (dalam ucapannya) telah mengulangi gesaan untuk orang Sabah memilih parti yang selari dengan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bersih mendakwa Muhyiddin cuba memancing pengundi di Sabah mengundi parti dan calon yang bersekutu dengan kerajaan Perikatan Nasional.

Ia turut menggesa orang ramai yang menghadiri acara itu membuat laporan polis mengenai apa yang mereka dengar. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker