Parti ‘Muda’ Syed Saddiq parti cetak rompak?

Sebuah NGO yang berpangkalan di Johor, mendakwa bekas menteri belia dan sukan Saddiq Syed Abdul Rahman meniru identitinya dalam pembentukan parti politik baru yang menggunakan singkatan sama.

Pengasas Muda! Onn Mahathir memberitahu bahawa mereka sudah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 2018.

“Kalau Seyd Saddiq buat parti politik, patut ada idea barulah. Sebab masa dia dalam Bersatu dulu pun, dia tak guna (istilah) sayap pemuda, dia guna sayap Armada.



“Jadi, bila dia dapat idea parti baru dan logo yang mirip dengan kita, sy rasa dia ketandusan idea,” kata Onn.

Syed Saddiq mendaftarkan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) semalam yang menghimpunkan pemimpin penaja pelbagai latar, termasuk golongan profesional, usahawan, aktivis dan ahli akademik.

Walaupun menggunakan singkatan sama, NGO itu menambah tanda seru pada singkatan nama mereka.



Syed Saddiq telah dihubungi dan sedang menunggu maklum balasnya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker