Mungkin saya tidak ada lagi tempat di Rembau – KJ

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memberi bayangan tidak akan lagi bertanding di parlimen itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, beliau perlu berpindah ke parlimen lain jika tidak kekal di Rembau yang dimenangi sejak 2008.

“Saya terima jemputan ini atas beberapa sebab. Yang pertamanya sudah pasti ini adalah satu inovasi dan inovasi berkaitan dengan kementerian saya.

“Yang kedua jemputan Undang (Luak Johol) dari Negeri Sembilan saya tidak ada pilihan melainkan hadir.



“Lebih-lebih lagi Datuk (Undang Luak Johol) mungkin saya tidak ada lagi tempat di Rembau kena cari tempat lain pula,” katanya tersenyum.

Beliau berkata demikian ketika memulakan ucapannya pada majlis pelancaran trak solar pertama di negara ini keluaran Biforst Group di MAEPS di sini hari ini.

Kenyataannya tanpa diduga itu mencuri perhatian tetamu termasuk Pengerusi Biforst Group yang juga Undang Luak Johol, Datuk Muhammad Abdullah.

Bulan lalu, Timbalan Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan Sri Kota mengumumkan beliau akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU15.



Namun Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dalam kenyataan balasnya berkata, beliau sedia berbincang dengan UMNO bahagian itu sekiranya ada pertukaran pemimpin dan kerusi pada PRU15 nanti.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, hal dalaman bahagian parti itu biarlah dirunding secara adik-beradik untuk membuat keputusan. MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker