Mahkamah tolak permohonan perintah sementara dalam saman projek KVDT2

Share

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan sebuah firma untuk mendapatkan perintah sementara dalam saman untuk mengketepikan pembatalan kontrak projek menaiktaraf kemudahan infrastruktur landasan keretapi berkembar elektrik di Lembah Klang fasa 2 atau (KVDT2) oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Hakim Aliza Sulaiman menolak permohonan Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd semasa prosiding di mahkamah terbuka pagi ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan firma berkenaan untuk mendapatkan perintah sementara terhadap kedua-dua defendan.

Firma itu memohon perintah sementara untuk mengekalkan status quo antara pihak-pihak berkepentingan, sementara menunggu pembatalan tuntutan utama untuk menamatkan projek KVDT2 tersebut.

Pada 31 Ogos, Dhaya Maju LTAT dilaporkan mendakwa bahawa pentadbiran PN tidak mempunyai asas untuk menamatkan kontrak sedia ada untuk projek itu. Mk

Leave a Reply