Isu Mara Inc: Individu yang sudah disiasat kini ‘in hot soup’ – Azam Baki

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan bayangan bahawa individu-individu yang terlibat dengan siasatan kes penjualan hartanah, Dudley International House di Melbourne, Australia oleh Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) kini berada dalam ‘keadaan yang berbahaya’.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata individu-individu yang telah disiasat dan dipanggil untuk memberikan keterangan dalam kes tersebut akan didakwa tidak lama lagi.

“Mereka yang makan cili, dia yang terasa pedas.

“Mereka yang telah disiasat, mereka dalam keadaan in hot soup (situasi cacing kepanasan) sekarang.



“Mereka lebih tahu. Sesiapa yang telah disiasat dan dipanggil SPRM, mereka tahu,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana beliau perlu menghormati Jabatan Peguam Negara dalam mengendalikan kes berkenaan.

“Saya perlu menghormati Jabatan Peguam Negara berhubung siapa yang akan didakwa mereka tetapi Insya-Allah, saya berharap Peguam Negara akan bersetuju untuk mendakwa sesiapa yang terlibat dalam kes tersebut,” katanya.



Pada 2015, akhbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tertinggi Majlis Amanah Rakyat (Mara), seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah itu.

The Age mendakwa ‘sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya’ terlebih bayar sebanyak AUS$4.75 juta (RM14.37 juta) bagi blok apartmen di bandar raya tersebut pada 2013.

Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Pengerusi Mara pada ketika itu, dilaporkan berkata, agensi berkenaan memperoleh bangunan lima tingkat Dudley International House seluas 30,279 kaki persegi selepas Mac 2013.

Ia menempatkan 112 bilik termasuk asrama pelajar untuk kegunaan pelajar Malaysia tajaannya apabila melanjutkan pelajaran di Australia. Awani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker