Bautista anggap The Rock patung

LEGENDA WWE yang bergelar bintang Hollywood, Dave Bautista mencetus sensasi apabila mendakwa The Rock atau Dwayne Johnson bukan seorang pelakon yang hebat.

Ahli gusti berusia 51 tahun itu mengikut jejak langkah Great One dan John Cena dalam pembikinan filem selepas bersara dari aksi di gelanggang.

Selepas permulaan yang suram, Bautista akhirnya menarik perhatian ramai menerusi lakonannya dalam Guardians of the Galaxy dengan peminat kini menantikan lakonan dalam filem terbaharunya, Dune.

Cena turut mengecapi kejayaan di layar perak tetapi dia dan Bautista masih terlalu jauh untuk menyamai tahap The Rock yang mencatat rekod sebagai antara pelakon menerima gaji tertinggi di Hollywood tahun lalu.

Bagaimanapun, Bautista mendedahkan dia tidak fikir Rock atau Cena adalah pelakon yang hebat.

“[The Rock dan John Cena] adalah ahli gusti yang menjadi bintang filem. Saya berbeza. Saya seoranga ahli gusti. Kini saya seorang pelakon.”

“Ada sesuatu yang istimewa bagi dirinya. Saya tidak menafikannya. Tetapi adakah saya mempertimbangkan dia sebagai salah seorang pelakon yang hebat? Mungkin tidak.” HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker