Bapa mangsa tak sedap hati

Share

 

SUNGAI PETANI- Perasaan tidak sedap hati menyebabkan seorang bapa memandu sejauh kira-kira 30 kilometer sebelum menemui anaknya bersama tiga rakan lain sedang ‘tidur’ dalam kereta di persinggahan stesen minyak Lebuhraya Utara Selatan dekat Sama Gagah, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Shabri Ahmad, 54, dari Taman Ria Jaya berkata, menyedari detik cemas itu, dia cuba mengejutkan anaknya, Ayuni Shazwanie Shabri, 21, namun keadaannya agak lemah selain mulutnya berbuih.

Shabri Ahmad

Menurutnya, tiga mangsa lain, Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, dan pasangan kembar, Nor Adilah serta Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, juga tidak memberikan tindak balas ketika dipanggil.

“Pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan salah seorang daripada mangsa, Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, telah pun meninggal dunia.

“Anak saya kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang dan jenazah dibawa pulang ke Sungai Petani kira-kira jam 1 petang tadi,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Sungai Petani petang tadi.


Ahli keluarga dan rakan rapat mengiringi jenazah Ayuni Shazwanie yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin, Sungai Petani petang tadi.

Menurut beliau, sebelum kejadian, Ayuni ada memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan pulang ke rumah namun singgah sebentar di perhentian terbabit.

“Sebelum kejadian, anak saya telah menghantar kiriman WhatsApp kepada isteri, Zalina Othman, 53, lebih kurang jam 9 malam tadi (semalam) memberitahu mereka berempat singgah di lokasi terbabit memandangkan salah seorang rakan mereka, mabuk laut,” katanya.


Shabri menunjukkan gambar kenangan anak bongsunya, Ayuni Shazwanie.

Menurutnya, selepas beberapa jam menunggu, anak bongsu daripada empat beradik itu tidak juga sampai selain panggilan tidak dijawab, menambah kerisauan mereka sekeluarga.

“Dalam jam 12.15 tengah malam, saya keluar bersama anak kedua mencari adik (Ayuni Shazwanie), dalam fikiran saya mungkin kereta rosak atau tersadai namun tidak kelihatan langsung di sepanjang jalan.

“Saya terus ke stesen minyak dan terkejut nampak kereta dinaiki mereka masih di situ.

“Bila ketuk dan periksa, pintu tidak berkunci,” katanya yang menghubungi ambulan sejurus kemudian.

Difahamkan, keempat-empat sahabat yang merupakan graduan jurusan farmasi itu keluar kira-kira jam 2 petang semalam dari Sungai Petani untuk berkunjung ke Pulau Jerejak sempena cuti Hari Malaysia.

Menurut Shabri, anaknya itu ada menyimpan hasrat untuk mendapatkan kereta jenis Proton X50 dan meminta beliau menemani ke pusat jualan bagi melakukan tempahan, namun tidak kesampaian.

“Saya tetap akan beli kereta tersebut sebagai kenangan buat kami sekeluarga,” katanya.

Menurutnya, Ayuni Shazwanie ialah seorang anak yang penyayang, ceria, dan sangat menyayangi haiwan peliharaan iaitu kucing.

Jenazah mangsa yang tiba pada jam 5.30 petang tadi selesai dikebumikan kira-kira sejam kemudian.-SH

Tips Jika Terpaksa Tidur Kejap Dalam Kereta Sebab Ngantuk.

Susulan kes 2 gadis ma-ut kerana terhidu gas monoksida ketika tidur dalam kereta baru-baru ni, nak share sikit beberapa cara kalau terpaksa juga tidur dalam kereta sebab ngantuk:
1. Flap aircond dibuka bagi pengudaraan angin daripada luar ke dalam kereta berbanding udara aircond terkepam sahaja di dalam kereta (Cara nak buka rujuk gambar sama ada perlu tekan atau pusingkan tombol suis di kereta)

2. Tingkap dibuka sedikit juga bagi pengudaraan angin keluar masuk. (Cara dia buka atau turunkan cermin tingkap sedikit sahaja lebih kurang sebesar 50sen. Kalau besar sangat takut lain pula jadi macam orang boleh masukkan tangan dan sebagainya.
PENTING: Barang peribadi yang penting macam telefon dan beg dompet juga perlu disimpan dalam dashboard atau bawah seat kerusi)

3. Paling selamat sekali matikan je enjin kereta. Tapi tingkap pun mesti buka sikit bagi pengudaraan angin keluar masuk.
Semoga perkongsian ini dapat selamatkan lebih banyak ny4wa inshaAllah. Sebarkan untuk manfaat orang ramai.

 

Leave a Reply