UMNO tiada masalah Pas bertanding majoriti di Kelantan

Share

SHAH ALAM – Beberapa perkara dipersetujui antara UMNO dan Pas dalam soal pengagihan kerusi untuk ditandingi kedua-dua parti itu di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu juga tidak mempunyai masalah sekiranya Pas diberi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi di negeri tersebut.

“Tidak menjadi masalah sekiranya Pas mahu bertanding majoriti kerusi (DUN) di Kelantan. Beberapa prinsip tertentu telah dipersetujui,” ciap Annuar di Twitter sebentar tadi.


Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Ketereh berkata, bagaimanapun rundingan secara terperinci antara kedua-dua parti dalam soal pengagihan kerusi di Kelantan masih berjalan.

ARTIKEL BERKAITAN : Pas majoriti kerusi DUN, Bersatu Kelantan pandailah bawa diri

Terdahulu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor bersetuju Pas diberi majoriti kerusi DUN untuk ditandingi di negeri itu pada PRU akan datang.


Beliau berkata, perkara itu wajar memandangkan Pas telah lama memerintah negeri tersebut

Di samping itu, katanya, Bersatu juga perlu diberi peluang bertanding beberapa kerusi di Kelantan bagi membolehkan Bersatu memberi sumbangan yang lebih bermakna terhadap pembangunan Kelantan.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, pengagihan kerusi bagi menghadapi PRU15 telah hampir selesai dengan majoriti kerusi di Kedah, Terengganu dan Kelantan akan ditandingi Pas.


Untuk rekod, Pas dan UMNO membentuk kerjasama politik di bawah Muafakat Nasional yang kini disertai Bersatu.

Leave a Reply