PRN Sabah: Kerajaan pimpinan Musa bukti perlu ada kesefahaman

BEAUFORT – Kejayaan kerajaan yang diterajui bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman membuktikan hubungan Persekutuan dan negeri perlu bagi menyelesaikan pelbagai masalah.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ketika Musa menerajui Sabah sebagai Ketua Menteri, pertumbuhan ekonomi Sabah dilihat meningkat mencecah hingga 8.56 peratus berbanding ketika pemerintahan di bawah kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Pada tahun 2017 sebayak 8.7 peratus pertumbuhan ekonomi Sabah tetapi selepas diambil alih oleh Warisan 2018, hanya mencatatkan pertumbuhan 1.5 peratus manakala pada tahun 2019, pertumbuhannya hanya 0.5 peratus,” katanya ketika berucap pada Program Perdana Menteri Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma di Dataran Bagandang, di sini hari ini.

Musa bersama-sama mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu Jalur Gemilang di atas pentas ketika Program Perdana Menteri Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma di Dataran Bagandang, Beaufort.
Musa bersama-sama mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu Jalur Gemilang di atas pentas ketika Program Perdana Menteri Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma di Dataran Bagandang, Beaufort.

Beliau berkata, penurunan itu mengakibatkan pengangguran meningkat dan kadar kemiskinan tidak berubah dengan baik di negeri itu.

“Itu pada 2019, apatah lagi kerajaan negeri memilih untuk bertentangan dengan kerajaan Persekutuan pada tahun 2020.

“Lebih susah ekonomi negeri Sabah ini dalam jangka masa akan datang. Jadi warga peladang penternak nelayan perlu menggunakan kuasa mereka pada 26 September nanti untuk melakarkan satu perubahan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Musa Aman tidak tersenarai dalam calon BN

Musa hari ini dilihat membuat kemunculan semula apabila hadir buat kali pertama dalam program yang dihadiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Program Perdana Menteri Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma di Dataran Bagandang, Beaufort.

Beliau sebelum ini hanya dilihat berkempen melalui media sosial dan sudah mulai menunjukkan semangat untuk membantu kempen calon DUN dalam PRN kali ini.

Musa hadir lebih awal untuk menyambut ketibaan Muhyiddin sebelum turut naik ke pentas bersama-sama menyanyikan lagu Jalur Gemilang bersama pemimpin lain termasuk calon kerusi DUN Klias, Datuk Isnin Aliasnih, calon DUN Lumadan dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Ruslan Muharam dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker