PlayStation 5 bakal dijual, Final Fantasy XVI antara judul eksklusif (video)

SONY Corp memaklumkan konsol permainan terbaharunya PlayStation 5 (PS5) yang sangat dinanti-nantikan akan mula dijual pada 12 November ini di Amerika Syarikat (AS).

Menerusi laporan BNN Bloomberg, konsol itu akan dijual dengan harga AS$500 (kira-kira RM2,060), sepadan dengan harga Xbox Series X Microsoft Corp yang juga akan dijual tidak lama lagi.

Sony juga akan mengeluarkan edisi digital PS5 dengan harga AS$400 (kira-kira RM1,650), kata syarikat yang berpangkalan di Tokyo itu pada sidang media maya pada Rabu.

Menurutnya, versi tersebut tidak mempunyai pemacu cakera dan memerlukan pelanggan membeli dan memuat turun permainan secara digital.



Sony juga mengumumkan bahawa Final Fantasy XVI, entri seterusnya dalam siri permainan role-playing yang popular akan menjadi konsol eksklusif untuk PlayStation.

Permainan lain yang ada untuk PlayStation 5 termasuk Hogwarts Legacy berdasarkan francais Harry Potter dan Spider-Man: Miles Morales yang akan dilancarkan pada waktu sama dengan pelancaran konsol tersebut.

Astro AWANI baru-baru ini melaporkan Sony akhirnya mengumumkan rupa bentuk konsol PlayStation 5 (PS5) versi terbaharu yang penuh bergaya.

Bukan itu sahaja, Sony turut memberi gambaran kepada peminat dengan lebih banyak judul permainan baharu yang akan hadir bersama konsol versi elegan campuran warna hitam dan putih itu.



Antara judul permainan bakal dikeluarkan adalah Resident Evil Village, Project Athia, Hitman III dan Solar Ash.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker